Biodata Penceramah

badlishah2

Prof Madya Dr. R. Badlishah Ahmad
B.Eng (Glasgow, UK), M.sc, Ph.D (Strathclyde, UK)
Dekan Fakulti Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Berpengalaman mengajar  selama 4 tahun di Universiti Sains Malaysia (USM) dan 6 tahun di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Selain itu, beliau juga merupakan Ketua Kluster Penyelidikan Embedded Computing di UniMAP.

Beliau meminati penyelidikan berasaskan komputer  dan rangkaian telekomunikasi menggunakan simulator secara diskret, sistem terbenam (“embedded”)  GNU/Linux dan sistem perolehan data elektronik dan rangkaian optik.

Beliau meminati GNU/Linux sejak tahun 2000 lagi apabila beliau menjalankan aktiviti kajiannya terhadap perisian sumber terbuka bermula dengan simulator rangkaian dipanggil “OMNet++”. Sejak daripada itu, beliau sangat meminati aplikasi komputer dan sistem terbenam berasaskan GNU/Linux.